PERHATIAN
Pendaftaran ini BUKAN untuk Permohonan Bantuan Sabah Prihatin atau apa-apa permohonan bantuan lain. Pendaftaran pada masa ini bertujuan untuk Pengumpulan Data Wanita dan Ibu Tunggal sahaja.
Pendaftaran Ibu Tunggal
Ibu Tunggal adalah dialu-alukan untuk mendaftar secara online di dalam Sistem Maklumat Wanita ini.
Berikut adalah kategori Ibu Tunggal dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk pengesahan status;
- Balu (kematian suami) - Sijil Mati Suami dan Sijil Kahwin / Sijil Lahir Anak
- Penceraian - Sijil Penceraian
- Ditinggalkan / Diabaikan suami tanpa nafkah - Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah
- Tidak berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat - Surat Pengangkatan Anak yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Mempunyai suami sakit uzur (tidak boleh bekerja) - Sijil Kahwin dan Surat Akuan Suami Sakit uzur daripada Hospital Kerajaan
Sila muat naik lampiran No. Kad Pengenalan Ibu Tunggal (Muka depan dan belakang) dan dokumen sokongan kategori Ibu Tunggal yang telah dinyatakan di dalam sistem. Pendaftaran tanpa dokumen sokongan tidak akan diproses. Terima kasih atas kerjasama anda.